Posts

Putra

Image
  Hari ini 29/10/2026 Khamis, hari ke 3 aku di hospital Putra.. 5am Nurse dtg utk ambil tekanan darah. 30am , nurse masukkan ubat dan air dlm badan (bab ni paling aku tak suka) sampaikan aku ckp dgn dia yg aku tak mau lg ubat ni tp nurse ckp kena tanya doktor 8.30 am sarapan dihantar 9.00 am, Dr warith smpi dia bertanyakan tentang keadaan aku, aku ckp tak bnyk berubah.. Dia berkata ke mungkin besok dia akan suntik steroids.. Selepas dia beredar aku mandi ( selepas masuk wad ini kali aku mandi) hehe 9.45 am pergi sesi fisioterapi tingkat 3A..selepas selesai dlm 30 minit, turun ke lobby, aku pergi sarapan kat kafeteria..makan meehon ayam  Kemudian ke kedai MyNews yg terletak disebelah kafeteria tu Masa keluar dari kedai aku ternsmpak seorang lelaki duduk meja kaki lima, aku amati betul2 , rupanya sama kerja kilang aku, borak2 dgn dia, katanya dia masuk wad sbb masalah jantung , lepas borak aku balik ke wad  11.30 am makanan tengah hari dihantar   12pm dtg nurse masukk...

Hari ke 2 Hospital Putra

Image
 Hari ni 28/10/2026 hari ke 2 dok Hospital Putra.. seawal subuh dtg nurse utk masukkan ubat kat tangan   Pukul 8.30 am Dr Warith dtg, dia menerangkan hasil MRI smlm dimana urat saraf tunjang aku terhimpit oleh tulang.. Tp katanya ia masih lagi dlm tahap sederhana mungkin boleh dipulih melalui fisioterapi tanpa pembedahan..  Selepas tu aku bersarapan Pukul 10.30 pm dtg sorang staff utk bawa ke bilik fisioterapi Dlm bilik ni aku dipasang peralatan getaran dikedua belakang bahu 

Masuk Wad Hospital Putra

Image
 Ok aku sambung lg cerita pasal Hospital Putra Melaka ni.... Lebih kurang pukul 6.30 ptg  27/10/2026 aku mula berkemas utk ke Hospital Putra bagi kemasukan ke wad  Dlm perjalanan aku singgah solat maghrib di Petronas Semabok Perdana... Aku smpi di Hospital Putra dan terus parking motor di ruang parking tingkat 1   Menghadap Bayview Hotel   Kemudian turun ke lobby utk pendaftaran Aku ditempatkan di wad 10 .. Tak lama kemudian dtg nurse utk ambil tekanan darah dan proses mengambil darah..  Kemudian lebih kurang pukul 10pm dtg staff utk membawa aku ke bilik MRI..  Proses MRI mengambil masa 30minit .. Aku terasa bagaikan masuk lubang kubur ketika ini dan masa proses ni terasa begitu lama sekali Bilik MRI  Ok to be continue.. 

Ke Putra Hospital

Image
 Hari ini 27/10/2026 balik dari kerja ( shif malam) aku terus ke Hospital Putra, utk berjumpa dgn doktor pakar sbb aku mengalami sakit tengkuk yg menular hingga ke lengan.. Aku dirujuk ke pakar ini oleh doktor panel klinik aku yg aku hadiri minggu lepas.. Waktu aku menulis ni aku sedang menunggu waktu daftar iaitu 8.30am  Hujan renyai pagi ni  Lebih kurang pukul 8.30am , aku naik ke tingkat 3 utk urusan pendaftaran... Sejurus aku mengambil nombor giliran, terus nombor giliran aku tu dipanggil memandangkan tak ramai pesakit waktu tu.. Selesai urusan pendaftaran aku diminta utk ke bilik 3.04A ..  Staff dlm bilik tu meminta aku turun ke lobby semula utk buat xray  .. Setiba disitu aku diberi nombor giliran juga dan menunggu beberapa ketika utk proses xray  Masa ni jam menunjukkan pukul 8.57am  Selesai proses x ray aku kembali ke bilik 3.04A dan berjumpa dgn doktor pakar dibilik tu iaitu Doktor Warith, dia melakukan beberapa proses fizikal utk mengetahui bahag...

Beli hpon baru

Image
 Semalam 24 Okt 2026 aku le Jasin utk bayar bil telefon... Aku terus ke Celcom Center Jasin utk bayar bil,  namun aku dapati Celcom Center tu dah tutup ( tak beroperasi lagi) ... jadi aku pergi le ke kedai jual hpon tak jauh dari disitu di pusat bandar Jasin.. Aku bayar bil di situ sambil bertanyakan tentang msg aku terima dari Celcom berkenaan telefon percuma.. Pihak kedai menyatakan ia, mmereka ada buat tawaran hpon tersebut cuma kena upgrade plan yg aku guna skrg.. Aku bersetuju dgn tawaran tersebut  Hpon yg ditawarkan ialah Honor 5 Aku dilayan dengan penuh mesra oleh pekerja disitu seorang budak perempuan Cina... Aku berpuashati dgn layanan tersebut,  mmg recommend kedai ni  Jadi itu lah shj cerita kali ni

Kemalangan Tol Jasin

 Hari ni 6 Julai 2026 , aku ke Jasin utk bayar duit rumah ..Aku gerak ke Jasin seawal pagi lepas solat Subuh di Masjid ...sebelum 7am aku dah smpi ke Petronas Jasin Hilir , di situ ada mesin CDM CiMB utk aku bayar duit loan rumah ...lepas bank in duit ke akaun loan rumah , aku gerak ke ChinChin utk cari sarapan , aku sarapan di sebuah warung tepi jln ..Lepas sarapan ( murahnya sarapan 2keping roti canai , air teh o , bungkus 3 nasi lemak harga RM7.60 )..aku gerak balik