Posts

Showing posts from February, 2026

Sahur Ramadan 2026

Image
 Hari ni 19Feb2026 bersamaan 1Ramadan ..Hari ni aku kerja shif mlm , jd utk hari pertama ni aku kena sahur kat kilang lah pukul 4.30am , aku keluar dari line kje pergi je kantin ...jadi inilah juadah sahur hari ni  Nasi putih berlaukkan suhun telur , hati ayam goreng serta air kosong ...harga yg aku bayar RM3.50 hehe  1 Ramadhan tahun ni ada berita duka ye ...kes bunuh sekeluarga yg libatkan ibu , isteri dan 2 anak yg masih kecil yg berlaku 2 hari lepas di Cherating Pahang ...Pelaku ialah suami , yg turut membunuh dirinya sendiri ...Innalillah dpd keluarga tersebut  Ok lah sekian utk coretan kali ni ( aku menulis ni pukul 6.am ditempat kerja   setelah kerja selesai )....

Healing Jasin Heritage

Image
 Salam semua ....semalam 15hb Feb 2026 Sabtu , aku pergi ke bandar Jasin utk menikmati angin malam ...Aku gerak dari umah dlm pukul 8.30 mlm ..kemudian singgah dulu di Masjid Al Ghaffar Jasin utk Solat Isyak ...selepas solat , aku terus gerak ke Hotel Jasin Heritage yg terletak berdekatan stadium Jasin , utk healing2 di situ ...aku order air coklat dan jemput2 ..harganya RM10  Aku amat suka suasana sini , suasana tenang ...sesungguhnya aku mmg suka Jasin ni tak kira area mne ...distadium pula ada perlawanan bolasepak  Ni sebahagian gambar lain yg aku snap  Motor parking sini hehe  Ni gambar side tepi hotel ni ...sebenarnya aku pernah menginap disini tahun 2023 dulu semasa Aidilfitri      Perlawanan bolasepak masih berlangsung Selepas ambil foto ni aku balik ke Merlimau dlm pukul 10mlm ...lain masa aku akan dtg balik utk healimg2 disini...

Trip Ke Dabong Kelantan

Image
 Hai Salam semua....Hari ni aku nak cerita sikit trip aku ke Dabong Kelantan menaiki keretapi  Ok ...pada 5hb Feb 2026 yg lepas , aku telah mengikuti trip anjuran sebuah agensi pelancongan iaitu Ukhwah Harmoni ke Dabong Kelantan ..pada pukul 8.30 mlm kami para peserta mula berkumpul dihadapan pejabat syarikat utk menaiki bas menuju Gemas N Sembilan  Lebih kurang pukul 9pm bas pun smpi dan mula bergerak menuju Gemas (Stesen Keretapi) ..Di Selandar , bas berhenti utk mengambil lagi 2 orang peserta yg merupakan pasangan suami isteri ..Rombongan kami smpi di Gemas lebih kurang pukul 11mlm ,jadual keretapi bertolak ialah , 6hb ( Jumaat) 12.30am..    Stesen Keretapi Gemas..masing2 teruja berselfie..2 orang yg berdiri tu ialah ketua rombongan    Ini ialah ruangan menunggu , tingkat 3 , tiket juga dibeli disisi , urusan pembelian tiket oleh pihak Ukhwah Harmoni ..Aku pula terus ke surau utk menunaikan solat Isyak ..kemudian ketua rombongan memberikan sedikit p...