Trip Ke Dabong Kelantan

 Hai Salam semua....Hari ni aku nak cerita sikit trip aku ke Dabong Kelantan menaiki keretapi 

Ok ...pada 5hb Feb 2026 yg lepas , aku telah mengikuti trip anjuran sebuah agensi pelancongan iaitu Ukhwah Harmoni ke Dabong Kelantan ..pada pukul 8.30 mlm kami para peserta mula berkumpul dihadapan pejabat syarikat utk menaiki bas menuju Gemas N Sembilan 

Lebih kurang pukul 9pm bas pun smpi dan mula bergerak menuju Gemas (Stesen Keretapi) ..Di Selandar , bas berhenti utk mengambil lagi 2 orang peserta yg merupakan pasangan suami isteri ..Rombongan kami smpi di Gemas lebih kurang pukul 11mlm ,jadual keretapi bertolak ialah , 6hb ( Jumaat) 12.30am..

   Stesen Keretapi Gemas..masing2 teruja berselfie..2 orang yg berdiri tu ialah ketua rombongan 

 
Ini ialah ruangan menunggu , tingkat 3 , tiket juga dibeli disisi , urusan pembelian tiket oleh pihak Ukhwah Harmoni ..Aku pula terus ke surau utk menunaikan solat Isyak ..kemudian ketua rombongan memberikan sedikit penerangan tentang perjalanan nanti .....tiket2 juga diagih kpd peserta

Memandangkan masih ada lg masa menunggu , aku turun semula ke tingkat bawah utk minum di kafeteria stesen tu 

                Sekadar utk alas perut je 


Comments

Popular posts from this blog

Hari Pertama Kerja 2024

Nmax Aku Jammed

Cerita hari ini