AidilFitri 2026

 Hari ni 21-3-2026 adalah Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2026 ....pukul 7.20am aku dah mandi sunat dan berkemas , tujuan aku utk tunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Al Ghaffar Jasin ( masjid daerah Jasin) ..aku siap kan bekal dari rumah iaitu ketupat rendang , sambal udang dan sedikit kuih 

Aku smpi di Masjid Al Ghaffar Jasin agak awal iaitu dlm 7.55am , dimana jemaah belu ramai lg hadir ..kelihatan pekerja2 asing berselfie sesama mereka



Kemudian aku mengambil wuduk , serta masuk ke ruang solat utama masjid , jemaah belum ramai ..agak ramai juga warga asing solat , mereka adalah pekerja2 kilang kawasan industri Jasin , yg terletak berdekatan dgn masjid ni agaknya


Selesai solat serta khutbah dlm pukul 9.00am




Motor aku pun nak selfie gak hahaha 


Sebelum balik aku ambil gambar masjid ni dari arah lain ( belakang ) 

Ok la sekian utk cerita kali ni...Salam Aidilfitri 2026 Maaf Zahir Batin 

Comments

Popular posts from this blog

Hari Pertama Kerja 2024

Nmax Aku Jammed

Cerita hari ini