Ride Ke Kuantan Part1
Salam buat semua pembaca sekalian ...terimakasih lah pada korang semua yg sudi jengah blog aku ni hehhe...aku doakan pembaca sekalian berada dlm keadaan sihat dibawah lindungan Allah SWT...ok lah kali ni aku nak cerita entry terbaru ni iaitu kisah aku ride ke Kuantan secara solo ...ride tu berlangsung pada hari SEMALAM iaitu tanggal 6 JUN 2023.... aku ride dgn jentera Yamaha Nmax aku tu le...sebenarnya aku ride ke sana adalah dgn tujuan utk bertemu dgn sorang peniaga online yg aku jumpa kat satu laman facebook ...brader ni sorang peniaga barang lama..boleh je jika aku nak barang tu secara pos , tp aku suka COD , walaupun jauh Kuantan nun sana , tp dah mmg hobi aku suka ride sana sini hahaha....Tak ada apa persiapan yg aku buat utk ride sejauh hampir 300km sehala ni ...Just set dlm otak mlm sebelumnya esok nak pergi Kuantan by NMAX huhu.... Seawal pukul 5.30am aku dah bngun tdo , masak air , mandi ...lepas mandi aku buat dulu air kopi , kemudian aku solat subuh ...lepas solat aku berkemas2 kemuadian minum air kopi tu sarapan dgn biskut Jacobs je..smbil tu aku start scooter panaskan enjin dulu Jam kat scooter 6.34am
Aku mula bergerak dari rumah dlm pukul 6.40am , menuju ke arah Pekan Sungai Rambai yg jaraknya kira2 6km dari rumah aku ...laluan aku ke Ke Kuantan nanti ialah melalui bandar Tangkak - Segamat ..Muadzam Syah Pekan Sungai Rambai awal pagi..di hadapan tu ada sebuah lagi trffic light , dimana dari situ aku akan melintasi lebuh AMJ
Lebuh AMJ kekanan ke Melaka , ke kiri ke Muar ,,aku akan merentasi lebuh AMJ ni utk ke Kg Kesang Tasik Muar setrusnya menuju jalan Muar-Tangkak sampai dah sempadan Melaka-Johor ..sebelah Melaka kampung Tasik , sebelah Jphor kampung Kesang Tasik , tmpt ni terletak dlm 15km dari rumah aku...smpi kat sini aku set trip meter motor aku ..lupa lak nak set masa kat rumah td huhu...urutan gambar ni terbalik pulak daaaa
Sungai Kesang , sempadan Johor-Melaka hujung sana tu gunung Ledang
kira-kira 5 minit kemudian aku smpi ke Jalanraya Muar-Tangkak...jam menunjukkan pukul 6.56am aku meneruskan perjalanan ke Bandar Tangkak...antara pekan yg aku lalui ialah Pekan Sungai Mati dan Bukit Kangkar ....memandangkan td ketika aku panaskan enjin scooter di rumah , aku perhatikan meter petrol menunjukkan ada 3 bar , jd aku akan top up minyak di Segamat je nanti...Aku smpi di bandar Tangkak
pukul 7.10am...susana agak sibuk pagi ni sbb hari ni adalah hari pertama persekolahan selepas cuti selama seminggu , disambung hari keputrraan YDP Agong pada smlm nya , 5june2023...Bandar Tangkak ni jarak nya 30km dari rumah aku , kalau ikut laluan yg aku lalu td ..bandar Tangkak ni bukan asing bagi aku sbb aku agak kerap datang ke sini..ia terkenal dgn buah durian dan jugak perniagaan kain ..............Aku meneruskan perjalannan utk ke bandar Segamat , smpi di Sagil aku ambil beberapa gambar , antaranya Gunung Ledang
Kmudian meneruskan lagi perjalanan melalui lebuh raya Tangkak - Segamat yg mempunyai 4 lorong hingga smpi ke Pekan Jementah yg terletaknya ditengah2 antara Bandar Segamat-Tangkak...disebabkan skrg tgh musim durin , Pekan Jementah ni agak meriah jugak dgn buah duriannya...juga aku melaui gudang kepunyaan syarikat ECO yg punyai banyk kedai2 di negara ni8.10 am aku sampai di Segamat , merentasi bandar Segamat utk menuju ke lebuhraya Segamat-Kuantan yg bermula di area Taman Yayasan Segamat...kira-kira 1km dari permulaan lebuh raya tu , ada sebuah stesen Petron , dimana aku top up minyak sebanyak RM10 disitu
Permulaan HighwaySegamat-Kuantan Taman Yayasan
Top Up minyak




























Comments
Post a Comment