KONVOI RIDE KE JEMPOL BIKE WEEK
Semalam 25hb November 2023 , aku bersama 4 orang rakan telah ride ke Jempol Bike Week di Jempol Negeri Sembilan... plan utk ride ni telah di rancang kira2 seminggu sebelum ni
pukul 815am aku gerak dari rumah utk ke tempat berkumpul di Petronas Durian Tunggal...dari rumah aku menuju ke Bemban , setrusnya ke Ayer Keroh sebelum ke Durian Tunggal ..jarak dari rumah dlm 40km ..dlm pukul 8.50am aku smpi di sana dan dapati 3 orang rakan iaitu Lan , Afis , Rizal sudah tiba...kami menunggu seorang lagi rakan iaitu Sham ...sebenarnya mereka ni semua adalah rakan sekerja aku kecuali seorang saje yg berlainan tmpt kerja , begitu pun sudah lama mengenalinya...kira2 20minit menunggu, rakan kami yg sorang tu pun sampai
...selepas penuhkan tangki jentera kami dan sedikit bacaan doa yg diketuai oleh salah sorang rakan kami pun mula bergerak lebih kurang 9.40am..jentera yg kami tunggang lah Yamaha Tracer 900cc ( Sham) , Yamaha Mt O9 ((Lan), Honda CBR 650R (Rizal / Awe) , Honda CBR 250RR (Afis), aku menunggang scooter Maxsym TL500..
Perjalanan kali ni diketuai oleh Lan MT09 sb juru pandu..dari Pekan Durian Tunggal , kami menuju ke empangan Durian Tunggal - Machap Umboo - Hutan Percha ..kemudain smpi ke jln FT1 Tampin- Gemas..kemudian kami masuk ke sat persimpangan utk ke Air Mawang Negeri Sembilan...akhirnya kami berhenti di Pekan Senaling Kuala Pilah utk bersarapan..jam menunjukkan pukul 10.30 am..
Selepas bersarapan kami meneruskan perjalanan melalui pekan Kuala Pilah , Bahau dan akhitrnya pukul 11.30am sampai lah ke tapak Jempol Bike Week ni ..kawasan ini juga merupakaan tempat dimana Cup Prix Jempol diadakan... ni jentera aku
Sebenarnya kami sampai agak awl juga , walaupun ramai bikers2 yg telah smpi , namun pentas masih di set up ..kami ambil kesempatan utk meninjau booth2 jualan spt tshirt dan booth2 makanan...keadaan cuaca agak panas terik juga..bikers2 lain bertali arus masuk bersama jentera masing2...kehausan , kami membeli minuman air mineral shj , aku turut beli kacang rebus yg mmg jadi kegemaran aku..kami duduk lepak di bawah khemah yg ada , suasana agak bising dari speaker dan mendengar celoteh juruacara...setelah sejam berada di situ seorang rakan ride kami iaitu Lan MTO9 telah meminta diri utk pulang sbb dia ada program lain...
Memandangkan belum ada lg program2 yg menarik disini , Rzal atau Awe telah mencadangkan agar kita orang bergerak ke Temerloh utk menikmati masakan Patin Tempoyak , memandangkan jarak dari Jempol ni tidak lah begitu jauh dlm sejam perjalanan ..nanti ptg balik dari Temerloh , kita singgah balik disini , dimana mungkin acara2 ptg lebih menarik dan smpi kemuncaknya..jd kitaorang pun setuju utk kesana..sebelum smpi ke motorsikal , kami telah disapa oleh Pengacara program ni ..mereka lakukan sedikit temu ramah kpd Awe hehe
Kami teruskan perjalanan ke Temerloh .......pukul 1.30 pm kami smpi di Temerloh , terus menuju ke sebuah masjid utk solat zohorSelesai solat dah mengambil gambar di masjid ni ..kami gerak ke tempat utk menikmati hidangan ikan patin tempoayak iaitu di Restoren Gobang Maju...lebih kurang 2.30,pm kami pun smpi , jaraknya tak lah jauh dari masjid ni dlm 10km
Selepas mkan dan mengambil gambar di Gobang Maju Patin Tempoyak...kami pun bergerak , destinasi kami ialah utk lepak di tepi Sungai Pahang atau di kenali sbg EsplanadeTemerloh...suasana agak meriah juga di sini . ramai para pengunjung dan group2 motorsikal juga5.30pm kami mula bergerak meninggalkan Temerloh ...kami akan kembali ke Jempol Bike Week ...kami target perjalanan selama 1 jam sbb ingin solat asar di sana...1 jam kemudian smpi di sana , aku terus solat Asar di Masjid Tuanku Mukhris Jempol ..memandangkan magrib hampir tiba , kami ambil keputusan utk solat maghrib terus ...smbil2 tu dok melepak dikawasan pondok masjid tersebut
Selesai solat kami terus ke tapak Bike Week tu yg terletak berdekatan dgn masjid..plan kami hanya lah utk melihat sebentar shj ...bagaimanapun setibanya di sana kami dpt pulak tiket percuma utk mkn malam dan cabutan bertuah...hahahha ..tiket diberikan oleh seorang petugas di situ..kami mengambil meja ...sebelum majlis makan diadakan , ada ucapan dari pihak penganjur dan YB kawsan tersebut..ketika makan , kami dihiburkan oleh artis jemputan dan acara cabutan bertuah turut diadakan ..bagaimana pun tiada siapa antara kami berenmpat yg dpt hadiah cabutan tu hahaha
Selesai shj cabutan terakhir iaitu hadiah utama , kami pun menuju ke motorsikal utk pulang kerumah ..jam menunjukkan pukul hampir 12 .30 am..aku berkata kpd kwn2 , mungkin smpi rumah dlm 2am iaitu kira2 2 jam perjalanan lebih kurang...kami bergerak pulang dimana aku menjadi juruarah jalan hahhaha..perjalanan adalah melalui Bahau-Bukit Rokan-Gemencheh...smpi di Pekan Gemencheh pukul 1.05 am ,aku top up petrol di stesen Petronas sana ...Selepas tu perjalanan diteruskan menuju Batang Melaka dan Selandar ...Di roundabout Pekan Selandar ni kami pun berpisah , aku ambil kekiri meneruskan perjalanan ke Jasin setrusnya Merlimau , rakan2 ku ke kanan meneruskan perjalanan ke Krubong ...jarak dari pekan sElandar ke rumah aku di Merlimau ini sadalah kira2 40km
Aku smpi rumah pukul 1.40am...terus update dlm group wassap yg menandakan aku selamat smpi rumah..aku dapati rakan2 yg pulang ke Krubong telah sedia update yg mereka telah smpi rumah kira2 10 minit lebih awal.......................ok lah ini shj cerita aku konvoi ke Jempol -Temerloh ...jumpa lagi di lain coretan yeeee..sekian wassalam































Comments
Post a Comment