Mula Bekerja
Hari ni 27hb November 2023 aku mula bekerja semula sepas sebulan aku cuti disebabkan pembedahan Hernia tu..perasaan bercampur baur , teruja utk bekerja semula namun terasa malas pun ada jugak ..maklumlah dah sedap dok rumah selama sebulan ..teruja sbb dpt jumpa kawan2 ...utk minggu ni shif aku ialah shif pagi ...seawal 5.15am aku dah bangun tdo , mandi , sarapan air teh o dan roti sapu jem...aku solat subuh dulu di rumah ..sebelum gerak aku selfie dulu
6.10 am aku mulakan perjalanan , jarak dari rumah ke tempat kerja dlm 37km dan ambil masa 35-40 minit bergantung pada keadaan lalu lintas...lauan nya ialah Jln MMuar - Melaka - Melaka Sentral - Malim - Pasaraya CowboyCheng - seterusnya ke Krubong dimana kilang aku terletak... ini kilang Panasonic Marim , baru tutup 3hari lepas kesian pada pekerjanya...terletak di Cheng berhampiran Pasaraya super Cowboy
aku smpi di kilang pukul 6.50am...parking moto....
lepas tu masuk kilang , aku jd blur pulak dan mengingatkan aku punya nombor loker hahhaah...dlm loker tu ada aku punya uniform dan kasut kerjaa...baru teringat nombornya 8M ....lepas scan time in aku masuk ke line aku kerja ...perkara pertama aku buat ialah ambil box peralatan kerja aku
ni le line dan mesin aku serta box kerja aku
i
Kemudian aku buka komputer utk check aku punya attendance serta check cuti sakit aku dah ada dlm sistem atau tak..nak pastikan juga cuti sakit aku tu dlm kategori HOSPITALISATION..alhamdulillah
Kemudian aku key in baki cuti sakit aku tu.
Hari pertama ni nampaknya boleh lah aku releks sbb material atau dipanggil LOT, tak ada utk dijalankan production ...jd tunggu je lah LOT tu masuk...pukul 8.45am aku pergi break , makan di kantin ...aku jengah gak satu lagi loker aku tempat simpan sudu garpu dan botol air..loker ni terletak dekat dgn kantin
selepas sarapan dan meletakkan kembali barang2 mkn dlm loker , aku menghantar surat cuti sakit tu ..diletakkan dlm kotak di tingkap bilik HR tu...kena isi gak butir2 diri dlm buku yg dsediakan tu..selepas tu terus masuk ke laine kerja semula
Ok lah aku pendekkan cerita ...pukul 12pm baru lot masuk masuk ..jd aku mulakan kerja aku ...jadi di sini aku sertakan gambar2 ...tp gambar2 ni bukan lah LOT utk production ..tp ia adalah proses cleaning utk membersihkan bahagian cavity mold mesin aku............. benda merah tu ialah wax rubber ...tujuanya utk meminyakkan bahagian mold agar tidak melekat bila
production jln nanti
benda putih ni ialah rubber sheet , tujuan utk membersihkan bahagian mold
ok lah smpi disni sahaja coretan aku kali ni ...perasan hari pertama kerja ni biasa2 je , tak terasa kekok pun bila dah lama meninggalkan skil kerja ni huhu ...last sekali , aku belanja gambar line aku...masa gambar ini diambil mmg tak nampak pekerja2 lain ye ... tp ramai je rakan2 aku di celah2 mesin tu hahha...ok byeee


















Comments
Post a Comment