Majlis Perpisahan Kak Nila
Pada 22 hb Jan 2024 ketika kerja shif malam yg lepas , rakan2 sekerja aku telah mengadakan majlis perpisahan utk seorang rakan sekerja kami yg bernama Nila ...beliau seorang berbangsa India ..majlis perpisahan ini bersempena tamatnya tugas beliau di kilang kami kerana telah mencapai usia persaraaan ...sebenarnya aku tak lah lama sngt mengenalinya sbb dulu beliau berada di shif lain dan mesin aku pun berada di tempat lain..hanya baru-baru ni atau selama beberapa bulan sahaja mengenalinya dgn rapat sbb beliau di tukar ke shif aku dan kawasan bekerja mmg bersebelahan dgn mesin aku ....
utk majlis ini duit collection sebannyak RM15 seorang utk menyertai..majlis2 spt ini mmg selalu diadakan oleh ditempat kerja aku bagi meraikan rakan2 yg bakal berhenti samada bersara , utk berhenti sbb lain termasuk juga kpd pekerja asing Nepal dan Indonesia yg pulang kenegara mereka...namun malis2 ini biasanya di anjur utk rakan2 sama department je
Pada majlis itu beliau diminta utk memberi sedikit ucapan , namun ketika berucap beliau sendiri tak dapat menahan perasaaan sedih lalu menangis , lalu ucapan diteruskan oleh leader section beliau iaitu Ijan , ditempat kami section-section ni dipanggil COST CENTER
Malam sabtu nanti 27 Jan 2024 ada hari terakhir beliau bkerja nnti...aku berborak dgnnya yg dia masuk kerja tahun 2004 , bermakna 20 tahun dah bertugas di sini..Kak Nila ni orang Gemencheh dan berulang alik menaik van Kilang





Comments
Post a Comment