Hari Tentera Darat Segamat


Assalamualaikum ... Pada Jumaat lepas , 1Mac 2024 aku telah ride ke Segamat ..tujuan aku ke sana sebab ingin menghadiri Hari Tentera Darat yg berlangsung di sana..jd aku ambil cuti lah pada hari tersebut. 
Pukul 1.00 pm aku mula bergerak dari rumah ...smpi di Pekan Sungai Mati , Muar , aku berhenti utk solat Jumaat di Masjid Pekan tersebut ...aduhhhh , imam masjid tu baca khutbah langsung tak semangat , suara lemah buat aku mengantuk...selesai solat 2.15 pm , aku meneruskan perjalanan ke Bandar Tangkak ....kemudian sesampai di pekan Jementah aku terlihat ada satu kemalangan melibatkan kereta Kancil me langgar belakang lori treler ..difahamkan driver kereta tersebut meninggal dunia
  Pukul 3.30pm aku pun smpi di bandar Segamat ..Aku pun meletakkan motorsikal Nmax aku kemudian berjalan di tempat pameran aset2 ATM tu ...antara yg dipamerkan ialah trak , kereta kebal , meriam , kereta perisai ..terdapat juga penerangan tentang bahan pameran tersebut spt spesifikasi dan negara pengeluar ...




Comments

Popular posts from this blog

Cerita hari ini

Naik bas henti-henti

AidilAdha 2025