Posts

Kemalangan Tol Jasin

 Hari ni 6 Julai 2026 , aku ke Jasin utk bayar duit rumah ..Aku gerak ke Jasin seawal pagi lepas solat Subuh di Masjid ...sebelum 7am aku dah smpi ke Petronas Jasin Hilir , di situ ada mesin CDM CiMB utk aku bayar duit loan rumah ...lepas bank in duit ke akaun loan rumah , aku gerak ke ChinChin utk cari sarapan , aku sarapan di sebuah warung tepi jln ..Lepas sarapan ( murahnya sarapan 2keping roti canai , air teh o , bungkus 3 nasi lemak harga RM7.60 )..aku gerak balik 

Beli Motor Baru

 Hari ni 21Jun 2026 Isnin, aku ke Malim Balai Panjang utk mengambil motor baru...iaitu motor Modenas Elit 150 ...aku mula survey motor ni pada Jumaat lepas ..pada mulanya aku nak cari motor kapcai 2nd hand shj buat gantikan motor Nmax aku yg telah rosak..tp aku terpandang pulak motor scooter Elit ni..Jd setelah berfikir lebih2 lg jurujual kedai ni yg agak peramah , dan buat pengiraan bayaran bulanan , kredit AEON aku pun ambil keputusan utk beli ..pihak kedai submit loan utk aku

Hujan Super Lebat

Image
 Smlm 27 April 2026 ...aku keje shif pagi ...masa nak balik pukul 3pm , hujan turun dgn lebat sekali ...Aku rasa mcm ini lah hujan yg paling lebat pernah aku jumpa disusuli dgn angin kencang ...aku tak terus bergerak blik ..tunggu dulu di kawasan parking motor  Aku menunggu agak lama juga utk hujan reda....hampir 3.40pm hujan pun beransur reda , aku mengenakan pakaian hujan utk perjalanan pulang ke rumah dlm keadaan hujan yang agak lebat juga .. Ok ...Ni je cerita utk hari ni 

Overtime Sabtu

Image
 Hari ni 18April 2026 Sabtu ....Hari ni aku overtime , pukul 4.30 pm aku rehat...memandangkan info awal mengatakan kantin tak buka , maka aku beli roti awal2 utk makan waktu rehat ...roti ni aku beli di sebuah stesen Petronas dlm perjalanan ke kilang td  Hari ni juga tak ramai yg OT , line aku hanya ada 4 orang shj yg OT termasuk leader dan maintenance..maintenance dari tadi tak nampak batang hidung sementara leader berada di sebelah sana ...jd aku sorang saja dlm line ...Hari ni gak tak de lot yg nak jalan , jd aku releks main fon Suasana sunyi line ...mmg tak de orang lain Nun disana nampak la sorang ...tu kawasan testing Jadi utk layan boring , aku tgk movie ...mlm ni tayangan Gerak Khas The Movie kat TVS hahhhaha Masa aku tulis mmg tgh layan movie ni le hehe ...ok lah setakat ni je cerita hari ni ... bye..

Naik Gaji

Image
 Hari ni 16hb Mac 2026 , ketika aku sedang kerja( shif ptg ) dlm pukul 4 lebih , aku punya leader dtg utk serahkan envelop...Aku dapat agak mesti envelop tu mengandungi surat kenaikan gaji ...masa serahkan tu leader kasitau tak surat kenaikan gaji  Aku pun buka nak tgk berapa kenaikan ni , memandangkan gaji aku dah hampir smpi gaji mati huhuhu  Jadi kenaikan gaji aku ialah RM120 ..tp setahu aku gaji mati aku sebelum ni ialah RM2400 ...tah kenapa boleh pulak melepasi jumlah tu ...mungkin juga sbb kenaikan gred dari NE3 kpd NE2 ...tp aku agak2 je laa sbb gred aku mmg NE3 rasanya sebelum2  ni  Gambar kedudukan surat dan mesin aku Jd ok laa ..Ni je cerita kali ni ...sekian assalam..

AidilFitri 2026

Image
 Hari ni 21-3-2026 adalah Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2026 ....pukul 7.20am aku dah mandi sunat dan berkemas , tujuan aku utk tunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Al Ghaffar Jasin ( masjid daerah Jasin) ..aku siap kan bekal dari rumah iaitu ketupat rendang , sambal udang dan sedikit kuih  Aku smpi di Masjid Al Ghaffar Jasin agak awal iaitu dlm 7.55am , dimana jemaah belu ramai lg hadir ..kelihatan pekerja2 asing berselfie sesama mereka Kemudian aku mengambil wuduk , serta masuk ke ruang solat utama masjid , jemaah belum ramai ..agak ramai juga warga asing solat , mereka adalah pekerja2 kilang kawasan industri Jasin , yg terletak berdekatan dgn masjid ni agaknya Selesai solat serta khutbah dlm pukul 9.00am Motor aku pun nak selfie gak hahaha  Sebelum balik aku ambil gambar masjid ni dari arah lain ( belakang )  Ok la sekian utk cerita kali ni...Salam Aidilfitri 2026 Maaf Zahir Batin 

Tukar Duit Raya

Image
Salam semua ...hari ni 11Mac2026 bersamaan 21Ramadan aku pergi ke Melaka Raya utk menukar duit raya ...sekembalinya dari kerja ( shif mlm) aku terus mandi dan bersiap utk gerak ke Melaka Raya ..Aku smpi sana 9.15 pagi , terus keluar kan duit RM800 di RHB Bank  Lepas tu , aku seberang jalan utk ke Public Bank ..dapati ramai juga yg telah beratur ..masa masuk beratur tu , seorang pelanggan hadapan aku tanya samada aku ingin tukar duit raya , aku jawab YA , kemudian dia memberikan aku borang penukaran duit ..aku isi kan borang tu , borang yg lebih aku berikan kpd pelanggan belakang  Suasana dlm bank .. perempuan bertudung tu yg berikan borang td Akhirnya giliran aku pun smpi lebih kurang pukul 11.10am ..penukaran duit hanya boleh dilakukan dlm angka genap contoh RM200 , RM400 , RM500 .. Selesai urusan aku pun balik ...smpi rumah dlm pukul 12.05pm Ok tu je nak cerita hari ni huhuhu...

Kupon Overtime

Image
 Hari ni 10/3/2026 21Ramadhan , ketika aku dlm kantin kilang , aku buka wassap , aku dapat info dari ex MH aku yg dia ada collect aku punya kupon overtime...sebenarnya kupon overtime ni mmg dah bertahun tidak digunakan lg sbb ia dah digantikan dgn sistem online iaitu hanya scan badge kerja pada peranti yg terdapat pada meja cashier kantin .. bila scan , akan terpapar jumlah kupon overtime...lagi pun kilang aku ni mmg dah lama tiada overtime pada hari Ahad ( kupon overtime hanya diberi pada overtime ahad atau hari2 cuti am )...Ohhh lupa lak aku nak kasitau , kupon ni diberi sbb sistem online atau peranti kat meja cashier tu ada problem jd sbb tu le kupon fizikal ni diguna semula ...ok tu je lah aku nak cerita hari ni Tambah sikit lg , ni le suasana line keje aku hari ni , gambar ni ambil dlm pukul 5.40am hehehe

Sahur Ramadan 2026

Image
 Hari ni 19Feb2026 bersamaan 1Ramadan ..Hari ni aku kerja shif mlm , jd utk hari pertama ni aku kena sahur kat kilang lah pukul 4.30am , aku keluar dari line kje pergi je kantin ...jadi inilah juadah sahur hari ni  Nasi putih berlaukkan suhun telur , hati ayam goreng serta air kosong ...harga yg aku bayar RM3.50 hehe  1 Ramadhan tahun ni ada berita duka ye ...kes bunuh sekeluarga yg libatkan ibu , isteri dan 2 anak yg masih kecil yg berlaku 2 hari lepas di Cherating Pahang ...Pelaku ialah suami , yg turut membunuh dirinya sendiri ...Innalillah dpd keluarga tersebut  Ok lah sekian utk coretan kali ni ( aku menulis ni pukul 6.am ditempat kerja   setelah kerja selesai )....

Healing Jasin Heritage

Image
 Salam semua ....semalam 15hb Feb 2026 Sabtu , aku pergi ke bandar Jasin utk menikmati angin malam ...Aku gerak dari umah dlm pukul 8.30 mlm ..kemudian singgah dulu di Masjid Al Ghaffar Jasin utk Solat Isyak ...selepas solat , aku terus gerak ke Hotel Jasin Heritage yg terletak berdekatan stadium Jasin , utk healing2 di situ ...aku order air coklat dan jemput2 ..harganya RM10  Aku amat suka suasana sini , suasana tenang ...sesungguhnya aku mmg suka Jasin ni tak kira area mne ...distadium pula ada perlawanan bolasepak  Ni sebahagian gambar lain yg aku snap  Motor parking sini hehe  Ni gambar side tepi hotel ni ...sebenarnya aku pernah menginap disini tahun 2023 dulu semasa Aidilfitri      Perlawanan bolasepak masih berlangsung Selepas ambil foto ni aku balik ke Merlimau dlm pukul 10mlm ...lain masa aku akan dtg balik utk healimg2 disini...

Trip Ke Dabong Kelantan

Image
 Hai Salam semua....Hari ni aku nak cerita sikit trip aku ke Dabong Kelantan menaiki keretapi  Ok ...pada 5hb Feb 2026 yg lepas , aku telah mengikuti trip anjuran sebuah agensi pelancongan iaitu Ukhwah Harmoni ke Dabong Kelantan ..pada pukul 8.30 mlm kami para peserta mula berkumpul dihadapan pejabat syarikat utk menaiki bas menuju Gemas N Sembilan  Lebih kurang pukul 9pm bas pun smpi dan mula bergerak menuju Gemas (Stesen Keretapi) ..Di Selandar , bas berhenti utk mengambil lagi 2 orang peserta yg merupakan pasangan suami isteri ..Rombongan kami smpi di Gemas lebih kurang pukul 11mlm ,jadual keretapi bertolak ialah , 6hb ( Jumaat) 12.30am..    Stesen Keretapi Gemas..masing2 teruja berselfie..2 orang yg berdiri tu ialah ketua rombongan    Ini ialah ruangan menunggu , tingkat 3 , tiket juga dibeli disisi , urusan pembelian tiket oleh pihak Ukhwah Harmoni ..Aku pula terus ke surau utk menunaikan solat Isyak ..kemudian ketua rombongan memberikan sedikit p...